....

nuffnang

nuffnang

Ahad, 21 November 2010

Kek Tiramisu Simple

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

• 1 biji sponge kek atau apa2 kek
• 250ml whipping cream
• 200ml cream cheese
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
• 1 sudu makan serbuk nescafe
• serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Masak Lemak Ketam



Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

• 4 ekor ketam besar, dibersihkan
• 6 ulas bawang merah kecil*
• 3 ulas bawang putih*
• 3 batang lada merah*
• 3 biji buah keras*
• 1 inci kunyit hidup*
• 1/2 cm belacan*
• 1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
• 1 asam keping
• 1 helai daun kunyit
• 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
• 1 biji kelapa, diparut
• Garam dan gula secukup rasa
• 1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
• 2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)

Cara-cara

1.Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
2 Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
3 Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
4 Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

Sambal Udang

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

• 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
• 4-5 ulas bawang kecil
• 2 ulas bawang putih
• Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
• Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
• Minyak untuk menumis, gula, garam..
• (Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
• 1 Labu Bawang Besar-Dihiris

Cara-cara

1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
2- Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
3-Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
4- Jika suka masukkan petai..
5- Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
6-Hidangkan..

Cara Berlauk

Bahan-bahan

½ kg tepung gandum
½ kg daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dihiris halus)
1 biji kelapa (diperah santannya)
½ liter air 1 biji telur
2 tangkai cili merah (dimayang)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum dan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.

Rabu, 3 November 2010

Puding Raja

Bahan-bahan

  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding

  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak

  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding

  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Kek Pandan Marble

Bahan-bahan:

4 biji telur

100g gula pasir (kalu nak manis tambah lebih skit)

1 camca besar ovalette

25ml pati santan (leh gak guna susu segar)

50g minyak jagung

100g tepung gandum **

1/2 sudu teh garam halus **

1/2 sudu teh baking powder ** (** digaul & ayak)

1 sudu teh pandan paste

1 sudu teh serbuk koko

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh coklat emulco

Cara:

1. Putar gula + ovalette hingga rata. Masukkan telur & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.

3. Tuang minyak jagung & pati santan, gaul hingga sebati

4. Adunan dibahagi 2. Satu adunan dicampur esen vanilla, coklat emulco & serbuk koko. Satu adunan lagi pandan paste

5. Masukkan adunan koko & pandan berselang seli ke dlm acuan

6. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing

Kek Pisang

2 cwn tepung gandum

1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak, curah dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minti atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Apam Kukus

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • Bahan A:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2-3/4 cawan gula(kalau yang suka manis letak 3/4 cawanlah
  • 1 cawan air sejuk
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • Pencelup merah dan susu pekat manis 3 sudu besar
  • Bahan B:-
  • 11 g yis kering (mauripan)
  • 1 cawan air suam

Cara-cara

  1. Bancuh Bahan B dan kacau hingga yis larut.Ketepikan
  2. Satukan semua Bahan A dan kacau hingga semua sebati.
  3. Ambil Bahan B dan masukkan dalam adunan tepung (Bahan A) tadi .Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Adunan selepas di kacau hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.Lebih cair dari adunan kek tapi lebih pekat sedikit dari adunan kuih cara/ketayap.
  5. Biarlah seketika dalam 15 minit untuk adunan naik...lepas tu boleh la kukus dalam 30 minit.
  6. Nak test dah masak ke tidak ,try masukkan lidi satay ,kalau kering,tak melekat adunan tepung tu,dah masak la.Boleh la angkat.
  7. Lepas angkat ,sejukkan seketika..boleh potong,makan ngan kelapa parut..oishiii..des