....

nuffnang

nuffnang

Khamis, 7 Julai 2011

CupCake Comel



Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )
• 300g tepung
• 350g gula
• ½ cawan serbuk koko
• 1½ sdk soda bikarbonat
• ½ cawan butter
• 2 sdk esen vanilla
• 1 ½ cwn susu segar
• * 2 biji telur
Cara-cara
1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lagi dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nak cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Bakar selama 20minit gitu atau higga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.

Isnin, 31 Januari 2011

Puding Roti Marble

Bahan-bahan ( satu loyang )

• 4 keping roti
• 2 biji telur
• 1/2 cawan susu pekat
• 170ml susu cair
• 8gram serbuk agar2
• 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
• 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
• 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
• 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
7. Nih gamba serbuk agar2 yg hana gunakan. bg sesiapa yg duk d jepun, bleh dptkan serbuk agar2 nih d mana2 supa. dlm tuh ade 4 peket, dan setiap peket berat 4g. Brand topvalu.
8. Versi pelangi

Kek Kukus Coklat

Bahan-bahan

• 1 cawan gula perang
• 1 cawan susu segar perisa coklat
• 1 cawan minyak
• 3/4 cawan serbuk koko
• 1/2 cawan susu pekat manis
• 1 1/4 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh soda bikarbonat
• 1 sudu teh baking powder
• 3 biji telur

Cara-cara

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.

Khamis, 20 Januari 2011

Mee Bandung Simple

Bahan-bahan ( 4 orang )

• 1 peket mee kuning
• 4-6 ekor udang basah
• 50g udang kering ( blend )
• 1/2 biji bwg besar
• 3 ulas bwg putih
• 5 tangkai cili kering
• 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
• 4 biji telur
• sawi
• bawang goreng
• Hirisan cili merah
• Air rebusan daging
• Gula
• Garam
• hirisan daging
• limau kasturi / limau nipis
• tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

1. Celur mee kuning
2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
6. SeLaMaT MeNcUba!