....

nuffnang

nuffnang

Selasa, 12 Oktober 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak


fuhhh..bebaru nie blk kampung, mak masak patin masak tempoyak..yum..yum..biase laa kalu blk Temerloh..x sah kalu x pekena masakan nie..hubby lak mmang kegemaran dia..so..ble blk umah dia suruh msk aaa..ikan darat nie kalu x kena gaya masakannyer..comfirm hanyir...jd kena ler mintak resepi ngan mak..nie ler resepi dr mak..hehehe...

Bahan-bahan ( 4 org makan )

• 1/2 inci kunyit (tumbuk)
• 13 biji cilipadi (tumbuk)
• 1 mangkuk kecik tempoyak
• daun kesom seikat
• air secukupnya
• ikan patin sederhana besar

Cara-cara

1. Tambah kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
2. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.
3. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
5. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
6. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
7. Kemudian boleh di hidang.
P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Boleh di tambah bawang merah,bawang putih dan lada mengikut cara masing2 memasak.ok? senang jer kan..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan