....

nuffnang

nuffnang

Selasa, 19 Oktober 2010

Tepung Talam

Bahan-bahan ( Dalam 10 orang makan )

• BAHAN A: bhgn bwh

• Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum -jadikan 1 cawan.
• Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan - dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak manis).
• Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).
• Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air gula).

• BAHAN B: bhgn atas

• 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.
• Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).
• Garam secukup rasa.
• Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.

Cara-cara

1. Panaskan pengukus.
2. Loyang digris dgn sedikit minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.
3. Lepas 30 minit, jika adunan dah masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan tisu(kitchen towel). Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
4. Masukkan bahan B keatas bahan A dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum dituang).Kukus selama 30 minit lagi.
5. Apabila adunan dah masak tapi masih ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel ok.
6. Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong.Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan