....

nuffnang

nuffnang

Selasa, 19 Oktober 2010

Karipap Rangup

Bahan-bahan

(untuk doh)

~tepung gandum
~minyak masak
~butter
~garam
~air ais
*satukan sume bahan dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap. Sambil tu boleh lah buat inti karipap plak

(inti)

~Ubi kentang--dipotong kiub kecil dan direbus dahulu (jimat masa)
~bawang besar-dipotong dadu kecil2
~daging cincang
~rempah kari daging
~daun sup, daun bawang
~garam dan serbuk perasa

Cara-cara

(inti)

1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga terbit bau.
2.Masukkan serbuk kari. Kacau rata.
3.Diikuti dengan daging kisar. Kacau lagi agar daging bercampur elok dengan serbuk kari.
4.Masukkan ubi kentang yang dh direbus tadi. Gaul rata
5.Setelah itu, masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan daun sup dan daun bawang.

(karipap)

1.Ambil sedikit doh dan canai. Jangan terlalu tebal dan nipis.
2.Letakkan di atas acuan karipap.
3.Letak inti (ikut banyak mana suka)
4.Tangkupkan karipap tersebut agar bertemu. Untuk lebih selamat agar karipap tidak terbuka semasa menggoreng, kelim sekali lagi.
5.Bila dh siap sume, bolehlah digoreng dengan api yang perlahan.

*** Kalau malas nk kelim karipap tu, sebelum tutupkan acuan, letak sedikit air diatas pasti di tepi gigi acuan tu. Ini untuk merapatkan lagi doh agar tidak terbuka semasa menggoreng. 2.Goreng karipap dengan api perlahan untuk elak karipap berbintil-bintil macam jerawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan