Bahan
1 ikat pucuk paku
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
sedikit ikan bilis atau udang kering
(boleh gak di gantikan dengan udang segar..)
bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam
Cara.
1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan masakkan sehingga mendideh.
3. Bila dah mendideh, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4. Bila dah nampak mendideh, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan goring
Tiada ulasan:
Catat Ulasan