....

nuffnang

nuffnang

Jumaat, 29 Oktober 2010

Nasi Dagang

Bahan-bahan ( 6 orang )

4 cawan beras jasmen
1 tin(400ml) santan pekat
4-5 ulas bawang putih-dimayang
1cm halia - hiris macam bilah mancis
1 sudu kecil halba
garam
gula

Cara-cara

1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.

GULAI IKAN TONGKOL-

1 tin santan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan

**ACAR**
2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula

1. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air.
2.Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali.
3.Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan