Bahan (A):- dicelur sebentar
• 1 1/2 kg mee kuning
• secukup sayur kobis (dihiris)
• secukup sayur sawi (potong ikut suka)
• secukup lobak merah (dihiris nipis)
Bahan (B):- untuk stok/sup
• * 1 bij bawang besar/6 ulas bawang merah
• * 4 - 6 biji bawang putih
• * 2 cm halia - (bahan bertanda (*) dikisar/tumbuk halus)
• 1 ibu jari lengkuas - dititik
• 1 batang serai - dititik
• 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
• 1/2 sduu teh lada putih
• sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
• 1 kiub pati daging lembut
• 2 liter air
• garam secukup rasa
• sedikit minyak untuk menumis
• 500 gm bebola daging lembu
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis hingga garing.
2. Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub pati lembu larut.
3. Kemudian masukkan lada hitam, lada putih dan garam. Biarkan kuahnya mendidih. Matikan api.
Cara Menghidangkan Mee Bakso:-
1. Bubuh mee ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit kesemua sayuran yang dicelur.
2. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola daging.
3. Akhir sekali taburkan bawang goreng ke atasnya.
(Mee ini sedap dihidangkan dengan sambal cili padi. Atau boleh juga diletakkan sedikit sos tomato dan sos cili semasa hendak makan)
Sambal Cili Padi (sukatan campak2 je):-
• 1 paket cili padi (-+ 15 biji)
• 2 ulas bawang putih
• kicap manis
• kicap cair (ummi tambah ni)
• gula
• jus limau kasturi/cuka
( Tumbuk cili padi bersama bawang putih, masukkan kicap, garam, gula dan cuka/jus limau. Sesuaikan rasanya).